\(^-^)/ WeLcoMe To mY Blog \(^-^)/

Wednesday, November 11, 2009

Bahasa ke 3 yang penting untuk masa depan anda


Selain bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu, kita juga mempelajari bahasa Inggeris di sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa di Malaysia ini 2 bahasa utama adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Tetapi jika anda mahukan kelebihan pada diri anda , saya syorkan anda agar mempelajari bahasa ke 3 kerana ianya mempunyai kelebihan jika anda menguasainya.

Antara bahasa ke 3 yang boleh memberikan masa depan yang cerah dan banyak peluang pekerjaan di Malaysia ini adalah:

1) Mandarin - Banyak syarikat-syarikat besar terdiri dari kaum cina dan jika anda fasih berbahsa mandarin, satu kelebihan untuk anda.Selain itu anda juga boleh mendapatkan harga yang murah jika membeli barangan dari kedai kaum Cina.

2) Jepun - Merupakan sebuah negara maju yang banyak membuat pelaburan terutama dalam bidang industri.Kelebihan bagi anda kerana bahasa Jepun sangat meluas digunakan terutamanya jika anda bekerja dengan syarikat jepun.Lagi pun banyak syarikat-syarikat ternama berasal dari negara Jepun.

3) Arab - Jika anda fasih berbahasa Arab, anda mudah untuk bekerja di jabatan-jabatan Agama Islam atau pun berkerja dengan Lemabaga Tabung haji.Juga senang untuk memohon menjadi guru di sekolah-sekolah agama.Anda juga boleh jadi translator bagi warga Arab atau pelancong dari timur tengah.



Sebenarnya banyak lagi bahasa yang anda boleh pelajari tetapi saya melihat 3 bahasa ini memberikan peluang yang baik bagi anda untuk manari pekerjaan di Malaysia. \(^_^)/
Read rest of entry

Monday, November 9, 2009

Cara Nak Lenyapkan Jem di KL

Kuala Lumpur memang sangat teruk jem.Berbeza dengan bandar-bandar besar di negara-negara maju seperti di Eropah,Jepun,US dan negara-negara maju yang lain.Sebab kenapa bandar-bandar di negara maju tidak berlaku kesesakan lalu-lintas seperti di Kuala Lumpur kerana public transport mereka sangat efficient dan bagus.

Train,bas dan teksi sangat punctual dan mudah didapati dimana-mana.Anda boleh pergi kemana-mana sahaja hanya dengan menaiki pengangkutan awam.Tetapi di Kuala Lumpur jangan haraplah macam tu.Dengan komuter yang lambat,rapid KL yang tak punctual, dengan teksi yang ntah apa-apa so sebab itulah ramai warga KL lebih prefer memandu kereta sendiri ke pejabat.

Sebab itulah walaupun jalan raya telah banyak dan besar tetapi kesesakkan tetap berlaku.Oleh itu jika kerajaan hendak mengurangkan kesesakan lalu-lintas di KL, cubalah perbaiki mutu dan kualiti pengangkutan awam supaya lebih ramai warga KL memilih untuk menaiki pengankutan awam ke tempat kerja.

\(^_^)/
Read rest of entry

Friday, November 6, 2009

Cek penyokong perlawanan akhir Piala Malaysia

Esok berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.Pastinya beribu-ribu penyokong kedua-dua negeri akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan tersebut.Memang semua sedia maklum bahawa penyokong Kelantan sering menimbulkan huru-hara dan terlalu fanatik dengan pasukan mereka.

Masih ingat lagi tragedi kereta pasukan Polis yang mereka bakar pada perlawanan di Kelantan dahulu.So untuk perlawanan esok pastinya pihak Polis sudah pun mengatur strategi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang kembali.Saya dimaklumkan bahawa esok seramai 1400 anggota Polis ditempatkan di Stadium Bukit Jalil bagi mengawal keadaan.

Bagi saya 1400 mungkin tidak mencukupi berbanding 100 000 penyokong yang hadir.Mungkin pihak Polis perlu menambah lagi anggota mereka disamping membuat pemeriksaan ketat bagi setiap penyokong yang memasuki stadium agar mereka tidak membawa senjata merbahaya seperti mercun,pisau,mancis,objek-objek keras dan sebagainya.

Jika mereka ini tidak diperiksa, saya risau kemungkinan akan ada penyokong yang sengal akan membaling objek-objek yang berbahaya ke dalam padang ketika perlawanan berlangsung.Kemungkinan besar jika terjadi rusuhan atau pergaduhan mungkin akan ada yang cedera atau pun yang akan mati.Oleh itu langkah pemeriksaan ketat sangat-sangat perlu disini.

So nasihat saya kepada semua penyokong kedua-dua negeri, diharap agar anda tidak terlalu fanatik dan terima seadanya sama ada pasukan anda menang atau kalah.Berbanggalah kerana pasukan anda telah pun layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara.

Chow.....\(^_^)/
Read rest of entry

Thursday, November 5, 2009

CUEPACS Tak Malu ke????


Bonus diberikan oleh majikan kerana prestasi yang bagus.Ini dah terbalik, pekerja pulak mintak bonus kat majikan.Tak malu ke????Dah la kerja senang, boleh lagi nak mengharap bonus.Duit bonus yang korang dapat tu dari duit rakyat jugak.....Agak-agak lah juga wahai kakitangan awam.Bukan kerajaan tak nak kasi bonus kat korang, tapi dengan ekonomi belum stabil lagi,masalah negara lagi.

So tingkatkan prestasi dan kualiti kerja dulu, baru sebut tentang bonus...... =p
Read rest of entry

Sentiasa memaafkan kesalahan orang

Salah satu tips jika anda ingin mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan hati ialah dengan bersikap mudah memaafkan kesalahan orang lain.Biasalah kita sebagai manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.Tambah-tambah lagi jika kesalahan yang dilakukan tidak disengajakan.

Oleh itu jika ada orang melakukan kesalahan terhadap anda dan dia datang untuk minta maaf kepada anda, maafkan sahaja kesalahan dia.At least dia dah sedar akan kesalahan dia dan datang untuk memohon maaf.Tetapi ada sesetengah orang yang hati keras, ego dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain.Sebab itulah hati mereka ini tidak tenang dan sentiasa dibelenggu dengan rasa dendam dan sebagainya.

Jika anda memaafkan kesalahan orang , maka hati anda telah tenang dan tidak menyimpan lagi rasa dendam dan sakit hati.Malah orang yang anda maafkan juga akan baik dengan anda dan tidak akan menyakiti hati anda lagi.Contohilah jujungan besar kita Rasulullah s.a.w kerana baginda merupakan seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.

So?? berubahlah.... \(^_^)/
Read rest of entry

Monday, November 2, 2009

Jangan POTONG!!!!!!!!wakakaka

CEO P1 wimax...ahaks cuba tengok muka model yang TM guna untuk iklan surat khabar tu.Sama kan????wakakakakaka....lawak giler....wakakakakakak (gelak guling2)
Ahaks......lawan balik TM yesss!!!!Memang betul pun,wired mana leh lawan wireless.Dah tentu streamyx lebih stabil dan download pun unlimited.Kalau pakai broadband wireless ni dah la lembab,download limited then nak cari signal macam la sengal.Kalau senget sedikit je USB wireless tu dah signal macam bengong.

So kawan-kawan, fikir dahulu sebelum POTONG tau...ahaks...... =p
Read rest of entry
 

Add ME \(^_^)/

About Me

My Photo
5ruz
semua kandungan dalam blog ini adalah hak cipta 5ruz Blog.
View my complete profile

Drop Message


ShoutMix chat widget

Followers