Esok berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.Pastinya beribu-ribu penyokong kedua-dua negeri akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan tersebut.Memang semua sedia maklum bahawa penyokong Kelantan sering menimbulkan huru-hara dan terlalu fanatik dengan pasukan mereka.Masih ingat lagi tragedi kereta pasukan Polis yang mereka bakar pada perlawanan di Kelantan dahulu.So untuk perlawanan esok pastinya pihak Polis sudah pun mengatur strategi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang kembali.Saya dimaklumkan bahawa esok seramai 1400 anggota Polis ditempatkan di Stadium Bukit Jalil bagi mengawal keadaan.
Bagi saya 1400 mungkin tidak mencukupi berbanding 100 000 penyokong yang hadir.Mungkin pihak Polis perlu menambah lagi anggota mereka disamping membuat pemeriksaan ketat bagi setiap penyokong yang memasuki stadium agar mereka tidak membawa senjata merbahaya seperti mercun,pisau,mancis,objek-objek keras dan sebagainya.
Jika mereka ini tidak diperiksa, saya risau kemungkinan akan ada penyokong yang sengal akan membaling objek-objek yang berbahaya ke dalam padang ketika perlawanan berlangsung.Kemungkinan besar jika terjadi rusuhan atau pergaduhan mungkin akan ada yang cedera atau pun yang akan mati.Oleh itu langkah pemeriksaan ketat sangat-sangat perlu disini.
So nasihat saya kepada semua penyokong kedua-dua negeri, diharap agar anda tidak terlalu fanatik dan terima seadanya sama ada pasukan anda menang atau kalah.Berbanggalah kerana pasukan anda telah pun layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara.
Chow.....\(^_^)/





1 comments:
dia org nie fanatik sangat la....kl main mcm Man Utd takpe gak...ahaks
Post a Comment